Friday, April 28, 2017

Cara-cara mendapatkan Bitcoin.

So, dah baca post pertama pasal bitcoin sebagai matawang? Berminat untuk memiliki sedikit bitcoin untuk digunakan dan/atau disimpan?

*Fair usage warning: Bitcoin boleh digunakan sebagai matawang dan instrument pelaburan, sama seperti matawang yang lain. Tapi pastikan anda membuat "usaha yang wajar" (due diligence), iaitu membuat siasatan terperinci sebelum melaburkan sejumlah wang yang besar untuk bitcoin.

MEMBUKA DOMPET BITCOIN (Bitcoin Wallet)

First of all, untuk memegang bitcoin, pengguna WAJIB ada bitcoin wallet sendiri. Memandangkan sekarang ini era smartphone, adalah sangat mudah untuk memiliki wallet sendiri. Apps seperti Blockchain, Jaxx, Coinbase dan Luno boleh didapati di app store masing-masing, malahan sesetengah app juga ada termasuk wallet untuk cryptocurrency lain seperti Zcash, Ethereum dan Dash. Sayugia diingatkan bahawa setiap security details yang datang sekali dengan app-app tersebut perlu diingat dan disimpan di tempat yang selamat kerana sekiranya handphone anda hilang, backup wallet tersebut masih lagi boleh diakses melalui website mereka.

Selain daripada app di smartphone, terdapat juga website-website exchanger yang menawarkan wallet dan perkhidmatan penukaran bitcoin kepada matawang digital yang lain. Website seperti Bittrex dan Poloniex boleh digunakan untuk tujuan penyimpanan dan exchange kepada matawang yang lain.

Sekali lagi diingatkan bahawa wallet-wallet dan website-website yang dinyatakan di atas adalah bersifat trust-based sahaja. Tiada apa yang boleh dilakukan sekiranya app/website tersebut tutup sepertimana yang pernah terjadi kepada Mt.Gox pada tahun 2013. Ini merupakan salah satu kelemahan bitcoin di mana tiada insuran seperti PIDM yang melindungi aset bitcoin anda. Untuk mengatasi masalah ini, anda dinasihatkan agar menyimpan bitcoin di beberapa wallet dari provider berasingan sekiranya berlaku musibah kelak.

Ok. Wallet dah ada? Sekarang masanya untuk mendapatkan bitcoin. Bitcoin boleh diperolehi dengan 2 cara mudah. Membeli secara terus, atau "melombong" bitcoin.

MEMBELI BITCOIN

Membeli bitcoin adalah mudah dan straight-forward. Sama macam membeli matawang asing. Samada beli dari orang yang dah memiliki bitcoin, atau melalui currency exchanger.

1) Melalui orang lain

   Pertama sekali, kena kenal orang yang memiliki bitcoin. Boleh cuba cari di group-group facebook, google atau website macam yang ni. Harus diingat bahawa nilai bitcoin sekarang ini adalah tinggi (RM5,500 per bitcoin as per harini 27 April 2017) dan pembelian berharga tinggi adalah berisiko. Untuk pembelian kali pertama, dinasihatkan bersemuka dengan penjual tersebut agar tidak ditipu. Kaedah membeli dan menjual bitcoin rata-rata adalah sama. Bagi alamat wallet (wallet address) anda kepada penjual, dan penjual hanya perlu klik send bitcoin kepada anda. Transaksi akan berlaku serta-merta. Walaubagaimanapun, terdapat satu step lagi iaitu transaction confirmation daripada blockchain tersebut dan mengambil masa diantara beberapa minit sehingga beberapa jam. Berikut adalah tahap keselamatan confirmation yang dilalui oleh bitcoin. Tapi anda jangan risau. Tahap pengguna biasa seperti kita, memadai dengan tracsaction completed sahaja.

Confirm­ationsLightweight walletsBitcoin Core
0Only safe if you trust the person paying you
1Somewhat reliableMostly reliable
3Mostly reliableHighly reliable
6Minimum recommendation for high-value bitcoin transfers
30Recommendation during emergencies to allow human intervention

2) Melalui Cryptocurrency Exchanger

     Sesetengah website seperti Luno (dahulu dikenali sebagai BitX) berkolaborasi dengan bank tempatan (CIMB dan/atau Maybank) untuk memudahkan jual beli bitcoin menggunakan matawang tempatan. Secara peribadi, saya masih belum pernah menggunakan perkhidmatan ini, tetapi berdasarkan testimoni kawan-kawan yang pernah buat, transaksi sebegini mengambil masa 2-3 hari sebelum anda dapat matawang yang diingini.

     Terdapat juga servis seperti Wirex yang menawarkan kad debit bitcoin, boleh digunakan di tempat-tempat yang menawarkan servis Visa dan Mastercard. Berbaloi untuk cuba sekiranya anda ingin menggunakan bitcoin untuk berbelanja seharian.

MELOMBONG BITCOIN (Bitcoin Mining)

Bagaimana pula hendak "melombong" bitcoin?

Ok. Kita cerita teknologi dia dulu.

MINING TECHNOBABBLE

Bitcoin ini digerakkan oleh teknologi blockchain, di mana setiap transaksi yang berlaku, disahkan oleh komputer-komputer "pelombong" di serata dunia melalui pengiraan algoritma tertentu (untuk bitcoin, algoritma SHA256), dan ditulis di "lejar awam" (public ledger).

Credit
Oleh kerana keperluan pengiraan (computational requirement) untuk komputer pelombong (mulai sekarang dikenali sebagai Miners) ini adalah sangat besar, maka pengiraan ini diagihkan kepada berpuluh ribu komputer di serata dunia dan upah daripada pengiraan ini diagihkan sama-rata kepada setiap Miners. Graf ini menunjukkan agihan Miners di serata dunia yang sentiasa sedang membuat pengiraan dan menerima upah bitcoin yang terjana setiap 10 minit.

Antara aspek lain mining yang perlu diketahui pula adalah:
1) Difficulty: secara mudahnya, difficulty adalah tahap kesusahan Miners untuk memperoleh 1 block bitcoin. Semakin ramai Miners, semakin tinggi tahap difficulty, semakin sedikit Miners dapat bitcoin pada sela masa yang sama.
2) Hashrate: juga dikenali sebagai Hash per second, hashrate adalah indicator jumlah computational power yang sedang dilaksanakan secara kumulatif oleh Miners di serata dunia. The rule of thumb ialah, semakin tinggi hashrate, semakin tinggi difficulty, semakin rendah kadar bitcoin yang diterima oleh setiap Miners untuk jangka masa yang tertentu. Harap korang familiar dengan konsep kilo < Giga < Tera < Peta kerana sesetangah cryptocurrency masih lagi di tahap Gigahash, bitcoin kini telah mencapai tahap Petahash kerana mining rig bitcoin dah semakin power dan ramai Miners yang sedang melombong bitcoin.

*Walaupun yang ditulis di atas adalah berkenaan bitcoin, konsep difficulty level dan hashrate adalah sama untuk cryptocurrency yang menggunakan sistem proof-of-work (PoW) <-ni kena baca sendiri.

HARDWARE

Bitcoin kini telah berada di tahap advance, di mana sekarang terdapat rig khas untuk melombong bitcoin, dikenali sebagai ASIC (application-specific integrated circuit). Untuk mendapat pulangan sekiranya membeli rig bitcoin (lazimnya Antminer), pulangan adalah sangat sedikit dan ROI adalah lambat. Miners dari china yang mula melombong dari awal telahpun menguasai hashrate bitcoin dan telahpun mencapai ROI di atas .

Antminer S9 yang paling berkuasa setakat hari ini


Walaubagaimanapun, masih lagi terdapat cara lain untuk melombong bitcoin. Well, technically bukan melombong bitcoin per se, tetapi melombong coin lain yang kemudiannya boleh diconvert kepada bitcoin.

Melombong coin lain masih lagi menggunakan GPU (graphics processing unit) atau lebih dikenali dengan Graphics Card. Hampir kesemua PC gaming pada zaman ini ada GPU dan secara teknikal, semua PC gaming boleh digunakan untuk melombong. Tapi kadar keuntungan yang sedikit dan tahap kepanasan tinggi yang boleh merosakkan GPU menyebabkan orang tidak menggunakan PC sendiri untuk melombong.

Untuk melombong menggunakan GPU, Miners lazimnya membina mining rig mereka tersendiri, meletakkan sebanyak mungkin GPU dalam satu motherboard dan dibina secara open-air, seperti gambar di bawah:

GPU mining rig
Berdasarkan pengalaman peribadi aku, GPU rig ini telahpun digunakan untuk melombong coin seperti Zcash (ZEC), Ethereum (ETH), Dash (DASH) dan Monero (XMR). Coin-coin ini kemudian boleh ditukar di exchanger seperti Poloniex, Bittrex atau Shapeshift untuk mendapatkan bitcoin. Malahan, ada juga servis seperti Nicehash yang "menyewa" kuasa rig Miners dan mendapat upah secara terus dalam bentuk bitcoin. Terdapat banyak lagi servis online yang menawarkan servis-servis menarik, hanya perlu dibuat kajian sedikit.

So, berminat nak beli dan pasang rig ni? Ni senarai komponen yang diperlukan:
1) Power supply (PSU): Satu GPU memakan antara 150-250watt, bergantung kepada model GPU yang hendah digunakan. So kalau nak pakai 6 GPU, boleh pakai satu PSU berkuasa tinggi (1200watt) atau 2 PSU berkuasa kurang tinggi (800watt x2). Sekiranya nak pakai 2 PSU, kena ada PSU connector agar bila rig dihidupkan, kesemua PSU akan on serentak.

2) Motherboard + CPU + RAM + SSD: setiap motherboard moden datang dengan PCI-E connector. Gambarajah di bawah menunjukkan PCI-E yang lazim ada di motherboard. Warna hijau tu PCI-E x16/x8 dan warna oren tu PCI-E x1. Lagi bagus kalau dapat cari motherboard yang ada 6 PCI-E agar dapat maksimakan penggunaannya.

PCI-E
CPU pulak tak perlu cari yang top range. Intel celeron dah cukup. RAM pun 4gb dah cukup. SSD (solid state drive) boleh beli yang 120gb sahaja kerana cepat loading windows dan software dan lebih tahan panas berbanding HDD biasa.


3) PCI-E Riser: Riser ini gunanya untuk menyambung kesemua GPU kepada PCI-E di motherboard.
PCI-E x1 to x16 riser

4) GPU: nadi kepada GPU rig ini adalah graphics card. Walaupun banyak model GPU boleh digunakan untuk melombong, model yang biasa digunakan (as per 2017) adalah AMD RX480 kerana ianya paling mendatangkan ROI yang paling tinggi. Nicehash ada membekalkan profitability calculator membandingkan model GPU yang berbeza dan RX480 akan memberi ROI dalam setengah tahun. Not bad.

IMBA

5) On switch: On switch ni jarang diketengahkan sebab benda kecik, tapi sekali nak buat rig, menggagau nak cari. Ianya jarang dijual di kedai PC biasa. Boleh dicari di kedai electronics atau order online.
SWITCH ON!

6) Chassis: banyak website (contohnya ni) yang membincangkan chassis untuk meletak rig. Ada dari kayu, ada dari aluminium, ada juga dari rak pinggan ikea. Secara peribadi, aku buat rig guna aluminium sebab ringan dan tahan panas.

Apabila sambung semua barang, jadilah macam ni:
My personal mining rig


SOFTWARE

Kaedah mining juga ada 2: solo mining dan pool mining. Solo mining adalah sedikit susah dan teknikal, maka tidak akan dibincangkan di sini. Sekiranya anda nak buat kilang mining, boleh study sedikit sebanyak pasal solo mining. Pool mining pula adalah servis yang ditawarkan oleh pool provider yang sentiasa update blockchain dan Miners hanya perlu menghala rig masing-masing ke pool tersebut. Antara pool provider yang popular adalah Dwarfpool, Flypool, Suprnova dan Nanopool. Setiap pool ada menawarkan jenis-jenis coin yang berasingan untuk dilombong.

Setelah memilih hendak melombong coin jenis apa, kita juga perlu memilih mining software yang hendak digunakan. Setiap pool yang dinyatakan di atas ada nyatakan mining software apa yang mereka support, samada Claymore's miner, SGMiner atau lain-lain. Wallet address, pool address dan lain-lain data perlu dimasukkan ke dalam batchfile yang perlu diedit untuk menjalankan miner software tersebut, Pengetahuan mengedit batchfile dalam windows atau linux adalah amat penting di sini.

Mining software tengah running


Servis Nicehash pula lain sikit. Dia ada dedicated software yang lebih mudah GUI nya. Boleh diexplore sekiranya anda berminat.

Yang penting dan perlu diketahui adalah:
1) Elektrik bill akan makan lebih kurang 1/2 daripada hasil mining anda. So kalau anggaran kasar dapat 0.2 bitcoin sebulan, 0.1 bitcoin perlu dibayar bil elektrik. kalau ada sumber elektrik percuma lagi bagus. Hahaha
2) Mining rig adalah panas lagi memanaskan. Perlu ada proper ventilation sistem untuk mengeluarkan udara panas di sekitar kerana setiap GPU boleh mencecah 80 darjah celcius.
3) Mining rig perlu berjalan 24 jam sehari. Oleh kerana panas dan bunyi bising, adalah dinasihatkan untuk meletakkan rig ini di tempat-tempat yang tiada orang duduk.
4) Habuk adalah musuh komputer. Disebabkan mining rig ini open-air, habuk akan menjadi masalah yang boleh merosakkan kipas dan menambah panas. Sila letak di tempat yang bersih dan kurang habuknya.

Ok. Dah start sedikit keliru? Takpe. kalau takde experience, memang rasa susah sikit. Kalau berminat, boleh datang cari aku. Kita buat kelas mining sikit.

Last question tapi yang soalan yang paling penting: berapa harga mining rig ni?

Bergantung kepada kos pembelian barang (lagi banyak lagi murah, kedai diskaun, dll.) harga satu rig ni boleh mencecah diantara RM9,000 sehingga RM15,000. FYI, kami ada menjual rig ni dan meletakkan harga seperti berikut:
6x RX480 8gb - -no stock-
6x RX470 8gb - -no stock-
Harga siap pasang dan siap program. Tinggal nak run je kat rumah/ofis.

CLOUD MINING

Ada satu lagi cara nak mining bitcoin/altcoin ni iaitu dengan cara cloud mining. Servis macam ni adalah kita masukkan duit ke pembekal tersebut dan mereka akan membeli rig (mengikut syer) dan tolong run bagi pihak kita. Dengan cara ini, bil elektrik dan maintenance rig tidak perlu dirisaukan. Pembekal seperti Nicehash, Genesis dan ViaBTC ada buat cloud mining ni. Sila lakukan proper research dan due diligence sebelum melakukan sebarang transaksi online kepada pihak ketiga.

So, dengan adanya post ini, diharapkan anda ada sedikit sebanyak ilmu pengetahuan berkenaan melombong bitcoin dan altcoins ini.

ps: Kalau ada permintaan yang tinggi, saya sanggup mengadakan kelas penerangan lanjut. Boleh hubungi di komen di bawah atau di group Facebook ni: https://www.facebook.com/groups/BitcoinMalaysia/

Sankyu.


Tuesday, April 25, 2017

Bitcoin sebagai Matawang

(Countless of articles about Bitcoin in English, so I've decided to write this one in Bahasa Malaysia. Kasi chance gang2 yang tak fasih English nak tahu pasal Bitcoin. Tapi bahasa agak pasar, so layan je, k?)

Bitcoin. Apekah ianya? Secara ringkas, ianya adalah matawang digital yang tidak dimiliki oleh mana-mana negara. Matawang Internet. Malahan, bitcoin tak wujud dalam bentuk fizikal. Semuanya melalui transaksi internet.

Benda pertama yang perlu tahu sebelum ambil tahu pasal bitcoin adalah pengetahuan berkenaan matawang. Jom start dari mula:-

MATAWANG

Sejarah awal tamadun, manusia berniaga menggunakan sistem barter. Tukar barang suka-sama-suka. Sebagai contoh, penggembala lembu boleh tukar lembu dia dengan nelayan punya ikan. Tapi agak tak aci kalau si penggembala lembu nak 3 ekor ikan kembung, tapi nelayan mintak tukar dengan 3 ekor lembu. Apabila manusia perlukan banyak barang untuk ditukar, sistem ini tidak lagi berkesan, maka manusia mencipta satu sistem perantara.
Sistem perantara inilah yang dinamakan sistem matawang. Matawang dicipta untuk memudahcara penukaran barang diantara dua pihak. Menurut sini, ciri-ciri matawang yang bagus adalah:

1. mudah alih (portable)
2. ringan (lightweight)
3. tidak reput (nonperishable)
4. kuat dan lasak (strong and durable)
5. boleh basah tanpa rosak (can get wet without being ruined)
6. boleh dibuat dengan saiz yang sama (exist in standard size)
7. boleh dibuat dengan saiz berbeza untuk nilai berbeza ( ^ sama macam atas)
8. mudah disimpan (easily stored)
9. tidak boleh dipalsukan, dicemari atau dinipiskan dengan tujuan mengurangkan nilainya (cannot be counterfeited, adulterated or cheapened)
10. bekalan yang cukup banyak agar tersedia untuk semua orang (supply is large enough)
11. bekalan yang terhad untuk mengekalkan nilainya (supply is limited enough)
12. pengguna PERCAYA dengan nilainya dan bersetuju berniaga menggunakan matawang tersebut

Atau boleh baca sini untuk lebih detail: https://en.wikipedia.org/wiki/Currency

Matawang dunia sekarang ini rata-rata menggunakan sistem kewangan kertas. Kenapa? Menurut sini, kelebihan matawang kertas adalah:

1. Ekonomikal - menjana matawang kertas adalah murah.
2. Mudah - boleh bawa nilai yang kecil atau besar dengan hanya perbezaan warna di kertas. Bayangkan membawa RM1 dan RM100.
3. Seragam - lazimnya dikeluarkan oleh kerajaan yang menaja matawang tersebut, setiap matawang kertas dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan dan keseragaman yang berbeza untuk setiap negara.
4. Stabil - kerajaan yang mengawal-selia pengeluaran dan penghapusan wang yang sudah tidak boleh digunapakai, membolehkan nilai matawang tersebut stabil. Bayangkan pengeluaran matawang yang tidak terkawal seperti duit pisang pada zaman jepun dahulu.
Duit pisang yang pisang
5. Elasticity, Cheap Remittance, Advantageous to banks as cash reserves - terlalu teknikal, boleh baca sendiri...

Tapi matawang kertas juga terdapat kelemahannya yang tersendiri, Antaranya ialah:-

1. Tiada nilai di luar negara yang mengeluarkan matawang tersebut.
2. Mudah rosak. Boleh terbakar, dimakan anai-anai, banjir...
3. Terlalu mudah untuk dijana. Refer kes duit pisang di atas. Sekiranya duit kertas dicetak terlalu banyak, boleh menyebabkan masalah-masalah yang berkaitan dengan inflasi matawang.

So, mana datang matawang digital ni pulak? Dalam bahasa teknikal dia, matawang digital dikenali dengan nama manja dia "Cryptocurrency".

CRYPTOCURRENCY (a.k.a. Bitcoin, Matawang Digital, Alternative Currencies...)

Nak cerita secara detail berkenaan matawang digital ni adalah agak teknikal. Kepada yang berminat, boleh lah baca dengan lebih mendalam di sini atau tengok youtube video macam yang ni (2 minit), atau ni (2 minit), atau ni (6 minit). Link-link tadi menceritakan berkenaan teknologi blockchain di mana setiap transaksi yang terjadi tidak boleh diduplikasi. Ini adalah teknologi asas cryptocurrency. Ini adalah platform utama kenapa bitcoin, ethereum, monero, Z-cash boleh berfungsi dengan tahap security yang tinggi. Teknologi ini memustahilkan penipuan dalam penjanaan setiap cryptocurrency dan menjadikan ianya satu matawang yang solid.

Kalau anda berminat dengan aspek teknikal cryptocurrency, kefahaman dalam english adalah sangat membantu. Banyak benda yang susah nak explain guna Bahasa Malaysia, dan topik cryptocurrency ni sangat menarik untuk dipelajari. Tapi kalau anda hanyalah rakyat marhaen yang nak tahu pasal bitcoin sebagai matawang, sambung baca kat bawah...

BITCOIN SEBAGAI MATAWANG.

Kenapakah bitcoin sesuai digunakan sebagai matawang? Rujuk balik list di atas, aku komen satu-satu.

1. mudah alih - bitcoin adalah 100% digital. Penyimpanan bitcoin adalah melalui smartphone atau di website sahaja. Selagi ada internet, selagi itu bitcoin boleh dipakai.
2. ringan - tidak releven. haha.
3. tidak reput - rekod bitcoin disimpan di dalam teknologi blockchain yang sentiasa dikemaskini oleh beribu komputer di seluruh dunia. Rekod tersebut tidak akan reput mahupun hilang ditelan zaman.
4. kuat dan lasak - tidak releven.
5. boleh basah tanpa rosak - juga tidak releven.
6. boleh dibuat dengan saiz yang sama - tidak releven. Bitcoin adalah digital.
7. boleh dibuat dengan saiz berbeza untuk nilai berbeza - Bitcoin boleh digunakan sehingga ke 8 titik perpuluhan (1 satoshi). Oleh kerana semuanya digital, saiz fizikal adalah tidak releven. Transaksi bitcoin (setakat ini) adalah serendah 0.01btc.
8. mudah disimpan - Bitcoin boleh disimpan menggunakan 2 cara. Cold storage/paper wallet (lebih secure jika hendak peram bitcoin dengan jumlah yang banyak) ataupun menggunakan app di smartphone korang. Banyak dah app yang provide bitcoin wallet. Next post aku cerita.
9. tidak boleh dipalsukan, dicemari atau dinipiskan dengan tujuan mengurangkan nilainya - melalui teknologi blockchain, bitcoin adalah amat susah untuk dipalsukan. Semenjak pengeluaran bitcoin pertama di dunia pada tahun 2008, bitcoin TIDAK PERNAH dipalsukan.
10. bekalan yang cukup banyak agar tersedia untuk semua orang - rujuk sini, jumlah bitcoin yang wujud setakat ini adalah sebanyak lebih kurang 16.28 juta bitcoin. Malahan, bitcoin boleh digunakan sehingga 8 titik perpuluhan, dikenali juga sebagai 1 satoshi. Ini membolehkan bitcoin dimiliki dan digunakan oleh lebih ramai orang.
11. bekalan yang terhad untuk mengekalkan nilainya - bitcoin akan berhenti pengeluaran apabila telah mencapai 21 juta bitcoin SAHAJA. Pengeluaran bitcoin juga sangat transparent dan boleh dilihat pada bila-bila masa oleh sesiapa sahaja. Boleh tengok sini berkenaan statistik bitcoin terkini yang wujud di dunia. Tidak akan berlaku lambakan bitcoin di dunia. Tidak akan muncul inflasi bitcoin. Malahan bitcoin adalah terbalik dari inflasi; "deflasi" nama dia.
12. pengguna PERCAYA dengan nilainya dan bersetuju berniaga menggunakan matawang tersebut - Ini adalah point yang paling penting untuk bitcoin. Mana-mana matawang di dunia juga sama. Sekiranya orang tak percaya dan tidak menggunakan matawang tersebut, maka tiadalah nilai matawang tersebut. Bitcoin mula naik harga apabila peniaga mula menerima bitcoin sebagai cara bayaran. Di Amerika, Europe dan Jepun, bitcoin dah mula digunakan secara meluas sebagai matawang. Webpage ini menunjukkan senarai syarikat yang mengiktiraf bitcoin. Ada juga gang-gang bitcoin di Malaysia yang menerima bitcoin sebagai bayaran, kena cari logo "Bitcoin Accepted Here". Aku sendiri gunakan bitcoin untuk beli game kat Steam. Tak payah guna kad kredit.

Walau bagaimanapun, masih lagi wujud banyak persepsi negatif berkenaan bitcoin ini. Ini terjadi kerana masih lagi ramai yang tidak mengetahui pasal bitcoin dan juga banyak wujudnya scam-scam yang menggunakan bitcoin sebagai asas scam mereka. Tapi mungkin di post lain aku tackle pasal benda ni. Yang penting, perlu ingat ayat ni:

BITCOIN ADALAH MATAWANG

Bukan pelaburan pulangan tinggi, bukan MLM, bukan alat untuk kaya cepat, bukan benda ajaib internet. Kalau ada yang datang ajak "main bitcoin" untuk kaya cepat, sila lari cepat-cepat. Kecuali la korang memang kaki MLM... ¯\_(ツ)_/¯

Ok. Berminat untuk memiliki dan menggunakan bitcoin? Post seterusnya akan berkisar tentang cara bagaimana hendak memiliki bitcoin dan cara-cara penggunaan bitcoin. Oh, boleh juga join group ni di facebook (https://www.facebook.com/groups/BitcoinMalaysia/), boleh aku terus jawab kalau ada soalan.

Kalau ada kefahaman english, silelah baca e-book berkenaan bitcoin macam yang ni, atau search google dan youtube untuk pemahaman yang lebih lanjut. Boleh juga komen di sini kalau ada apa-apa persoalan.

Arakian begitulah kisahnya bitcoin ini. Penggunaan bitcoin sebagai matawang masih lagi muda, tapi potensi ianya sangat besar.

Tuesday, April 11, 2017

Starting anew.

Starting fresh.

I've deleted all my previous posts. After reading all posts I've posted, I realized my thought process had changed dramatically and the posts from 2012-2015 are no longer relevant.

So, I'm starting fresh.

Hah.

Stay tuned.

or not...