*Fair usage warning: Bitcoin boleh digunakan sebagai matawang dan instrument pelaburan, sama seperti matawang yang lain. Tapi pastikan anda membuat "usaha yang wajar" (due diligence), iaitu membuat siasatan terperinci sebelum melaburkan sejumlah wang yang besar untuk bitcoin.
MEMBUKA DOMPET BITCOIN (Bitcoin Wallet)
First of all, untuk memegang bitcoin, pengguna WAJIB ada bitcoin wallet sendiri. Memandangkan sekarang ini era smartphone, adalah sangat mudah untuk memiliki wallet sendiri. Apps seperti Blockchain, Jaxx, Coinbase dan Luno boleh didapati di app store masing-masing, malahan sesetengah app juga ada termasuk wallet untuk cryptocurrency lain seperti Zcash, Ethereum dan Dash. Sayugia diingatkan bahawa setiap security details yang datang sekali dengan app-app tersebut perlu diingat dan disimpan di tempat yang selamat kerana sekiranya handphone anda hilang, backup wallet tersebut masih lagi boleh diakses melalui website mereka.
Selain daripada app di smartphone, terdapat juga website-website exchanger yang menawarkan wallet dan perkhidmatan penukaran bitcoin kepada matawang digital yang lain. Website seperti Bittrex dan Poloniex boleh digunakan untuk tujuan penyimpanan dan exchange kepada matawang yang lain.
Sekali lagi diingatkan bahawa wallet-wallet dan website-website yang dinyatakan di atas adalah bersifat trust-based sahaja. Tiada apa yang boleh dilakukan sekiranya app/website tersebut tutup sepertimana yang pernah terjadi kepada Mt.Gox pada tahun 2013. Ini merupakan salah satu kelemahan bitcoin di mana tiada insuran seperti PIDM yang melindungi aset bitcoin anda. Untuk mengatasi masalah ini, anda dinasihatkan agar menyimpan bitcoin di beberapa wallet dari provider berasingan sekiranya berlaku musibah kelak.
Ok. Wallet dah ada? Sekarang masanya untuk mendapatkan bitcoin. Bitcoin boleh diperolehi dengan 2 cara mudah. Membeli secara terus, atau "melombong" bitcoin.
MEMBELI BITCOIN
Membeli bitcoin adalah mudah dan straight-forward. Sama macam membeli matawang asing. Samada beli dari orang yang dah memiliki bitcoin, atau melalui currency exchanger.
1) Melalui orang lain
Pertama sekali, kena kenal orang yang memiliki bitcoin. Boleh cuba cari di group-group facebook, google atau website macam yang ni. Harus diingat bahawa nilai bitcoin sekarang ini adalah tinggi (RM5,500 per bitcoin as per harini 27 April 2017) dan pembelian berharga tinggi adalah berisiko. Untuk pembelian kali pertama, dinasihatkan bersemuka dengan penjual tersebut agar tidak ditipu. Kaedah membeli dan menjual bitcoin rata-rata adalah sama. Bagi alamat wallet (wallet address) anda kepada penjual, dan penjual hanya perlu klik send bitcoin kepada anda. Transaksi akan berlaku serta-merta. Walaubagaimanapun, terdapat satu step lagi iaitu transaction confirmation daripada blockchain tersebut dan mengambil masa diantara beberapa minit sehingga beberapa jam. Berikut adalah tahap keselamatan confirmation yang dilalui oleh bitcoin. Tapi anda jangan risau. Tahap pengguna biasa seperti kita, memadai dengan tracsaction completed sahaja.
Confirmations | Lightweight wallets | Bitcoin Core |
---|---|---|
0 | Only safe if you trust the person paying you | |
1 | Somewhat reliable | Mostly reliable |
3 | Mostly reliable | Highly reliable |
6 | Minimum recommendation for high-value bitcoin transfers | |
30 | Recommendation during emergencies to allow human intervention |
2) Melalui Cryptocurrency Exchanger
Sesetengah website seperti Luno (dahulu dikenali sebagai BitX) berkolaborasi dengan bank tempatan (CIMB dan/atau Maybank) untuk memudahkan jual beli bitcoin menggunakan matawang tempatan. Secara peribadi, saya masih belum pernah menggunakan perkhidmatan ini, tetapi berdasarkan testimoni kawan-kawan yang pernah buat, transaksi sebegini mengambil masa 2-3 hari sebelum anda dapat matawang yang diingini.
Terdapat juga servis seperti Wirex yang menawarkan kad debit bitcoin, boleh digunakan di tempat-tempat yang menawarkan servis Visa dan Mastercard. Berbaloi untuk cuba sekiranya anda ingin menggunakan bitcoin untuk berbelanja seharian.
MELOMBONG BITCOIN (Bitcoin Mining)
Bagaimana pula hendak "melombong" bitcoin?
Ok. Kita cerita teknologi dia dulu.
MINING TECHNOBABBLE
Bitcoin ini digerakkan oleh teknologi blockchain, di mana setiap transaksi yang berlaku, disahkan oleh komputer-komputer "pelombong" di serata dunia melalui pengiraan algoritma tertentu (untuk bitcoin, algoritma SHA256), dan ditulis di "lejar awam" (public ledger).
Credit |
Antara aspek lain mining yang perlu diketahui pula adalah:
1) Difficulty: secara mudahnya, difficulty adalah tahap kesusahan Miners untuk memperoleh 1 block bitcoin. Semakin ramai Miners, semakin tinggi tahap difficulty, semakin sedikit Miners dapat bitcoin pada sela masa yang sama.
2) Hashrate: juga dikenali sebagai Hash per second, hashrate adalah indicator jumlah computational power yang sedang dilaksanakan secara kumulatif oleh Miners di serata dunia. The rule of thumb ialah, semakin tinggi hashrate, semakin tinggi difficulty, semakin rendah kadar bitcoin yang diterima oleh setiap Miners untuk jangka masa yang tertentu. Harap korang familiar dengan konsep kilo < Giga < Tera < Peta kerana sesetangah cryptocurrency masih lagi di tahap Gigahash, bitcoin kini telah mencapai tahap Petahash kerana mining rig bitcoin dah semakin power dan ramai Miners yang sedang melombong bitcoin.
*Walaupun yang ditulis di atas adalah berkenaan bitcoin, konsep difficulty level dan hashrate adalah sama untuk cryptocurrency yang menggunakan sistem proof-of-work (PoW) <-ni kena baca sendiri.
HARDWARE
Bitcoin kini telah berada di tahap advance, di mana sekarang terdapat rig khas untuk melombong bitcoin, dikenali sebagai ASIC (application-specific integrated circuit). Untuk mendapat pulangan sekiranya membeli rig bitcoin (lazimnya Antminer), pulangan adalah sangat sedikit dan ROI adalah lambat. Miners dari china yang mula melombong dari awal telahpun menguasai hashrate bitcoin dan telahpun mencapai ROI di atas .
Antminer S9 yang paling berkuasa setakat hari ini |
Walaubagaimanapun, masih lagi terdapat cara lain untuk melombong bitcoin. Well, technically bukan melombong bitcoin per se, tetapi melombong coin lain yang kemudiannya boleh diconvert kepada bitcoin.
Melombong coin lain masih lagi menggunakan GPU (graphics processing unit) atau lebih dikenali dengan Graphics Card. Hampir kesemua PC gaming pada zaman ini ada GPU dan secara teknikal, semua PC gaming boleh digunakan untuk melombong. Tapi kadar keuntungan yang sedikit dan tahap kepanasan tinggi yang boleh merosakkan GPU menyebabkan orang tidak menggunakan PC sendiri untuk melombong.
Untuk melombong menggunakan GPU, Miners lazimnya membina mining rig mereka tersendiri, meletakkan sebanyak mungkin GPU dalam satu motherboard dan dibina secara open-air, seperti gambar di bawah:
GPU mining rig |
So, berminat nak beli dan pasang rig ni? Ni senarai komponen yang diperlukan:
1) Power supply (PSU): Satu GPU memakan antara 150-250watt, bergantung kepada model GPU yang hendah digunakan. So kalau nak pakai 6 GPU, boleh pakai satu PSU berkuasa tinggi (1200watt) atau 2 PSU berkuasa kurang tinggi (800watt x2). Sekiranya nak pakai 2 PSU, kena ada PSU connector agar bila rig dihidupkan, kesemua PSU akan on serentak.
2) Motherboard + CPU + RAM + SSD: setiap motherboard moden datang dengan PCI-E connector. Gambarajah di bawah menunjukkan PCI-E yang lazim ada di motherboard. Warna hijau tu PCI-E x16/x8 dan warna oren tu PCI-E x1. Lagi bagus kalau dapat cari motherboard yang ada 6 PCI-E agar dapat maksimakan penggunaannya.
PCI-E |
3) PCI-E Riser: Riser ini gunanya untuk menyambung kesemua GPU kepada PCI-E di motherboard.
PCI-E x1 to x16 riser |
4) GPU: nadi kepada GPU rig ini adalah graphics card. Walaupun banyak model GPU boleh digunakan untuk melombong, model yang biasa digunakan (as per 2017) adalah AMD RX480 kerana ianya paling mendatangkan ROI yang paling tinggi. Nicehash ada membekalkan profitability calculator membandingkan model GPU yang berbeza dan RX480 akan memberi ROI dalam setengah tahun. Not bad.
IMBA |
5) On switch: On switch ni jarang diketengahkan sebab benda kecik, tapi sekali nak buat rig, menggagau nak cari. Ianya jarang dijual di kedai PC biasa. Boleh dicari di kedai electronics atau order online.
SWITCH ON! |
6) Chassis: banyak website (contohnya ni) yang membincangkan chassis untuk meletak rig. Ada dari kayu, ada dari aluminium, ada juga dari rak pinggan ikea. Secara peribadi, aku buat rig guna aluminium sebab ringan dan tahan panas.
Apabila sambung semua barang, jadilah macam ni:
My personal mining rig |
SOFTWARE
Kaedah mining juga ada 2: solo mining dan pool mining. Solo mining adalah sedikit susah dan teknikal, maka tidak akan dibincangkan di sini. Sekiranya anda nak buat kilang mining, boleh study sedikit sebanyak pasal solo mining. Pool mining pula adalah servis yang ditawarkan oleh pool provider yang sentiasa update blockchain dan Miners hanya perlu menghala rig masing-masing ke pool tersebut. Antara pool provider yang popular adalah Dwarfpool, Flypool, Suprnova dan Nanopool. Setiap pool ada menawarkan jenis-jenis coin yang berasingan untuk dilombong.
Setelah memilih hendak melombong coin jenis apa, kita juga perlu memilih mining software yang hendak digunakan. Setiap pool yang dinyatakan di atas ada nyatakan mining software apa yang mereka support, samada Claymore's miner, SGMiner atau lain-lain. Wallet address, pool address dan lain-lain data perlu dimasukkan ke dalam batchfile yang perlu diedit untuk menjalankan miner software tersebut, Pengetahuan mengedit batchfile dalam windows atau linux adalah amat penting di sini.
Mining software tengah running |
Servis Nicehash pula lain sikit. Dia ada dedicated software yang lebih mudah GUI nya. Boleh diexplore sekiranya anda berminat.
Yang penting dan perlu diketahui adalah:
1) Elektrik bill akan makan lebih kurang 1/2 daripada hasil mining anda. So kalau anggaran kasar dapat 0.2 bitcoin sebulan, 0.1 bitcoin perlu dibayar bil elektrik. kalau ada sumber elektrik percuma lagi bagus. Hahaha
2) Mining rig adalah panas lagi memanaskan. Perlu ada proper ventilation sistem untuk mengeluarkan udara panas di sekitar kerana setiap GPU boleh mencecah 80 darjah celcius.
3) Mining rig perlu berjalan 24 jam sehari. Oleh kerana panas dan bunyi bising, adalah dinasihatkan untuk meletakkan rig ini di tempat-tempat yang tiada orang duduk.
4) Habuk adalah musuh komputer. Disebabkan mining rig ini open-air, habuk akan menjadi masalah yang boleh merosakkan kipas dan menambah panas. Sila letak di tempat yang bersih dan kurang habuknya.
Ok. Dah start sedikit keliru? Takpe. kalau takde experience, memang rasa susah sikit. Kalau berminat, boleh datang cari aku. Kita buat kelas mining sikit.
Last question tapi yang soalan yang paling penting: berapa harga mining rig ni?
Bergantung kepada kos pembelian barang (lagi banyak lagi murah, kedai diskaun, dll.) harga satu rig ni boleh mencecah diantara RM9,000 sehingga RM15,000. FYI, kami ada menjual rig ni dan meletakkan harga seperti berikut:
6x RX480 8gb - -no stock-
6x RX470 8gb - -no stock-
Harga siap pasang dan siap program. Tinggal nak run je kat rumah/ofis.
CLOUD MINING
Ada satu lagi cara nak mining bitcoin/altcoin ni iaitu dengan cara cloud mining. Servis macam ni adalah kita masukkan duit ke pembekal tersebut dan mereka akan membeli rig (mengikut syer) dan tolong run bagi pihak kita. Dengan cara ini, bil elektrik dan maintenance rig tidak perlu dirisaukan. Pembekal seperti Nicehash, Genesis dan ViaBTC ada buat cloud mining ni. Sila lakukan proper research dan due diligence sebelum melakukan sebarang transaksi online kepada pihak ketiga.
So, dengan adanya post ini, diharapkan anda ada sedikit sebanyak ilmu pengetahuan berkenaan melombong bitcoin dan altcoins ini.
ps: Kalau ada permintaan yang tinggi, saya sanggup mengadakan kelas penerangan lanjut. Boleh hubungi di komen di bawah atau di group Facebook ni: https://www.facebook.com/groups/BitcoinMalaysia/
Sankyu.
Blog yg amat menarik dan mendatangkan minat saya utk mining. Saya takde pengalaman dan pasal hardware memang tak pandai. Boleh dapatkan tunjuk ajar dan nasihat dr saudara?
ReplyDeleteboleh anytime. boleh contact saya id LordApes kat fb page tu.
DeleteSy pn nk belajar dr tuan jgk
ReplyDeleteSy pn nk belajar dr tuan jgk
ReplyDeleteSemangat dah dtg, menarik idea mining ni
ReplyDeleteHey,
ReplyDeleteThanks for sharing this blog its very helpful to implement in our work
Regards.
Hire A Whatsapp Hacker For Yourself