Ok, kalau imbas kembali post pertama iaitu Bitcoin Sebagai Matawang, anda boleh dapati selain bitcoin, terdapat cryptocurrency lain yang bernilai dan didagangkan di dunia sekarang. Antara matawang yang rancak didagangkan adalah Bitcoin (BTC), Litecoin (LTC), Ethereum (ETH), Ethereum Classic (ETC), Ripple (XRP), Dash (DASH), Monero (XMR) dan ZCash (ZEC). Kalau tengok di Coinwarz pula, terdapat senarai matawang mana yang paling mendatangkan keuntungan dari segi Mining Profit Ratio vs. BTC Mining berdasarkan kepayahan melombong matawang tersebut dan betapa cepatnya melombong matawang tersebut untuk mencapai nilai bersamaan 1BTC. Senarai ini sentiasa berubah-ubah bergantung kepada market movement dan ZEC lazimnya berapa di 10 yang tertinggi.
Kenapa pula pilih ZEC?
Setiap altcoin (nama lain bagi cryptocurrency selain bitcoin) ada kelebihan dan kekurangan mereka tersendiri. Secara mudah, kelebihan setiap matawang adalah:
Bitcoin: Cryptocurrency yang paling awal. Boleh digunakan di serata dunia sebagai matawang alternatif seperti di Jepun, Eropah dan Amerika. Penggunaan yang meluas membantu kenaikan harga. Market Capitalization yang paling tinggi di antara cryptocurrency yang ada.
Ethereum: Kelebihan utama ETH ini adalah Smart Contract yang boleh diprogram dalam ETH itu sendiri. Secara ringkasnya, smart contract berfungsi sebagai kontrak diantara 2 pihak yang tidak boleh dipertikai. Sebagai contoh, vendor mesin air minuman memprogram ETH smart contract di dalam mesin air minuman di mana setiap kali mesin itu diisi semula, wang akan diserahkan kepada pembekal air tanpa perlu menunggu vendor menyerahkan wang secara manual. Contoh lain:
Smart Wasiat |
ZCash: ZEC juga mempunyai fungsi untracable payment, tetapi apa yang memisahkan ianya dengan XMR adalah jumlah keseluruhan ZEC yang akan wujud di dunia adalah terhad sehingga 21juta ZEC, sama seperti bitcoin. Jumlah pengeluaran terhad memungkinkan ZEC mempunyai taraf deflasi, iaitu semakin lama semakin mahal. *ZCash dengan ZCoin adalah altcoin yang berbeza*
Setelah meneliti aspek-aspek di atas, saya merasakan bahawa ZEC mempunyai potensi yang amat besar di dunia cryptocurrency ini. Anda boleh baca kelebihan setiap coin yang wujud dan datang ke rumusan anda yang sendiri. Also, kalau ZEC sudah tidak untung lagi, GPU rig boleh digunakan untuk lombong coin lain.
MELOMBONG ZCASH
Setelah mendapat rig anda (recommended guna AMD GPU rigs), tibalah masanya untuk melombong.
SETTING UP ZEC WALLET
Kebanyakan app di handphone masih belum ada support untuk ZEC, oleh yang demikian, silalah buka wallet ZEC anda melalui exchanger yang dipercayai. Personally, saya gunakan Bittrex dan setelah digunakan sekian lama, tiada masalah (setakat ini) dengan website tersebut. Boleh juga browse around exchanger lain sekiranya berkehendakkan.
Setelah daftar masuk Bittrex, buka tab "wallets" untuk lihat senarai altcoins yang ditawarkan.
Bittrex interface |
Generate ZEC wallet |
Note: ZEC ada 2 jenis wallet. "t" wallet dan "z" wallet yang sepatutnya lebih selamat. Walaubagaimanapun, "z" wallet masih mempunyai masalah dalaman dan masih belum digunakan sepenuhnya lagi. Pastikan ZEC wallet address yang anda baru generate bermula dengan huruf "t" kerana kebanyakan pool masih belum support "z" wallet address.
MINING POOL
Apakah itu mining pool? Melombong cryptocurrency secara individual boleh makan masa yang sangat lama untuk mendapat satu block. Sebagai contoh, pada awal 2016, saya cuba melombong ETH secara solo, dan berjaya mendapat block reward (1 block = 5 ETH) hanya selepas melombong tanpa henti selama 5 hari. Melalui mining pool, Miners boleh kumpul processing power secara berjemaah dapat block reward dengan lebih konsisten (contohnya 1 ETH sehari...). Secara teknikal, boleh baca description di mining pool yang anda ceburi.
Setiap mining pool yang ada pula menawarkan pool untuk coin-coin berbeza. Sebagai contoh, Dwarfpool menawarkan pool untuk XMR, ZEC, ETH, GRS dan EXP. Sesetengah pool seperti Suprnova menawarkan banyak coin lain, tapi memerlukan pendaftaran untuk join. Untuk tujuan penulisan blog ini, saya gunakan Flypool sebagai ZEC mining pool kerana GUI pool tersebut adalah mudah untuk difahami dan ada email notification sekiranya mining rig kita down.
GUI yang sejuk mata memandang |
MINING SOFTWARE
Mining software adalah perisian yang diperlukan untuk melombong mana-mana cryptocurrency. Dalam ZEC punya kes, terdapat dua mining software yang biasa digunakan iaitu SGMiner dan Claymore's Miner. Untuk memudahcara (sebab aku pakai Claymore), so guide ini untuk Claymore's Miner. Kalau dah try dan berjaya, maybe korang boleh try pulak pakai miner lain.
Operating System yang kita akan guna adalah Windows 10 (tak kisah edisi apa). Sekiranya nak pakai untuk rig yang banyak, boleh cuba guna Linux, sebab tak perlu deal dengan masalah lesen OS. Tapi personally, kalau tak pernah try Linux, agak imba tahap kesusahan nak blaja dia.
Boleh download Claymore Miner di sini: https://bitcointalk.org/index.php?topic=1670733.0 dan baca sekali discussion yang berkaitan sekiranya berminat.
Cari yang latest... |
Lepas download, extract files tadi. Edit file "config.txt". Rujuk gambar di bawah:
Pool parameters: Kat website pool tu boleh tengok parameters yang disertakan. Selalunya lokasi yang berhampiran adalah lebih bagus. Tapi pengalaman aku guna server China, banyak stale shares. So aku personally guna Europe server.
Wallet Address: Ok ni wallet address yang dah save kat atas tadi. Double check bagi memastikan ianya betul. Sebab kan tak pasal je mining masuk wallet orang lain. Haha.
Rig Name: Kalau ada yang lebih dari satu rig, disarankan letak nama rig yang unik supaya senang nak troubleshoot kalau rig tu down.
Parameters lain tu boleh try godak-godak kalau nak. Baca readme.txt yang datang sekali dengan miner software tu kalau berminat.
Dah settle kat situ, create pulak satu "start.bat" (batch file). Letak parameters ni:
setx GPU_FORCE_64BIT_PTR 1setx GPU_MAX_HEAP_SIZE 100setx GPU_USE_SYNC_OBJECTS 1setx GPU_MAX_ALLOC_PERCENT 100setx GPU_SINGLE_ALLOC_PERCENT 100ZecMiner64.exe
Cara dia mudah je, create new notepad, pastu bile nak save, tukar dot kat hujung tu, macam ni:
Sekarang try double click file "start.bat" tu. Jalan tak? Kalau jalan dia keluar macam ni:
Ni guna TeamViewer. Boleh study pasal teamviewer kat encik google. |
Kalau keluar camtu, tahniah. Anda kini boleh gelar diri sendiri sebagai seorang pelombong ZEC. Nice.
Ok, kenapa kite buat "start.bat" tadi? Supaya mudah untuk buat shortcut autorun bile restart. Buat shortcut file "start.bat" tadi dan letak di desktop. Pastu kat start button windows tu, type "run" then "shell:startup". Copy paste shortcut tadi kat windows startup tu. Nescaya kalau restart pc je, terus run miner ni.
Kalau nak check status pulak, bukak website flypool tadi, masukkan wallet address kite. Usually dia update lepas 10 minit, so kalau baru je mine, sabar dulu. Kat flypool tu jugak boleh set email address untuk dia notify kalau rig down dan berapa ZEC minimum sebelum transfer ke wallet kite. Dia verify guna ip address, so bukak internet kat mining rig tadi, google je "whatsmyip" untuk dapatkan IP address for verification purposes.
So begitulah nak melombong ZEC. Tak senang, tapi bile dah try sekali, tak susah pun. Bila dah ada pengalaman melombong ZEC, cara yang lebih kurang jugak digunakan untuk mine coin lain. Cari pool, cari miner software, set parameters, run.
Kalau ada persoalan, silelah komen di sini atau di group fb yang ni, ok?