Thursday, July 6, 2017

Menggunakan exchanger Bittrex.

Yo yo yo.

Recently ramai orang nak tahu macam mana nak mine altcoin (particularly ZEC) dan tak mau bergantung kepada Nicehash. Sini bagi aku ajar sikit camne nak main-main dengan exchange nih. Personally aku guna Bittrex, tapi exchanger lain sepatutnya lebih kurang je modus operandi dia...

Tak tau apa tu aku tengah sembang apa? Baca post sebelum ni:
Part 1
Part 2
Part 3
Part 4

Ok let's get straight to the topic. First of all, silalah sign up dengan Bittrex ni. Make sure register masuk guna email yang lazim digunakan sebab setiap transaction keluar dia akan mintak confirmation thru email kita kelak.

SIGNUP

Dah?

Senang je nak signup. Guna email address je.

WALLET CREATION

Ok, next step, klik kat "wallet" tab atas tu, untuk checkout coins apa yang Bittrex support. Note that tak semua exchanger support semua coins. Contoh macam Hush yang masih belum disenaraikan di Bittrex, tapi ada di Cryptopia exchanger, dan ZEN yang ada di Bittrex, tapi tiada di exchanger lain. So kalau nak mining any altcoins, make sure exchanger yang dipilih ada senaraikan coin tersebut. Sebab by the end of the day, highly likely kita akan convert all the altcoins kepada bitcoin untuk liquidity.


Wallet tab.

Dah klik kat situ, akan keluar interface wallet list yang kite ada. Kalau tak nampak coin yang kita nak, just "search" je kat tepi tu.

Wallet interface

Kat setiap coin tu, belah kiri dia ada simbol "+" dengan "-", untuk tambah coins tu dari sumber luar, atau withdraw coins tu ke wallet luar. Kalau tak pernah ada wallet coin berkenaan, tekan "+" akan keluar interface wallet generation seperti di bawah:

Wallet creation.

Klik je kat new address tu, pastu korang akan ada satu wallet address khas untuk coin tersebut; contoh di atas untuk Litecoin (LTC). Setiap kali korang nak buat transaction, dia akan guna wallet address tersebut. Make sure tulis address yang dijana dan simpan di tempat yang selamat agar senang nak berurusan kelak.

HINT: jangan lupa generate wallet bitcoin juga ye. Sebab endgame kite nak ada bitcoin. Tak sure pulak apa jadi kalau convert ke bitcoin tanpa generate wallet dulu, tapi lebih baik elak untuk selamat.

DEPOSIT COIN

Dah ready wallet, boleh la masukkan coin pulak dalam wallet tu. Sama jugak macam proses tadi, tekan "+", tapi kali ni dah ada wallet address. Copy paste (atau salin balik secara manual) wallet address tu dan bagi kat orang yang nak bagi coin tersebut.

Wallet address tu juga boleh guna sebagai mining address kepada mereka yang nak melombong coin tersebut.

HINT: Make sure baca dulu mining pool yang berkaitan, adakah mereka menerima exchanger address sebagai mining wallet  address. Kalau tak, kena generate wallet kat tempat lain untuk dijadikan mining wallet address.

WITHDRAW COIN

Kalau nak keluarkan coin tu kepada wallet lain pulak, tekan "-", pastu isi details yang dia suruh:

Withdrawal interface.

Masukkan address yang nak dikeluarkan tu, masuk kuantiti yang nak transfer, pastu klik "Withdrawal". "Tx Fee" tu akan dikira secara default, so tak perlu risau.

HINT: Kalau ada 1btc dalam wallet, tak boleh withdraw tepat 1btc jugak sebab ada transaction fee. Selalunya minimal je, tapi kalau nak transfer tepat-tepat, boleh jadi sangkut. Rule of thumb dia adalah kalau nak transfer any amount, make sure dalam wallet ada lebih 1/100 dari jumlah yang nak transfer tu. Kalau nak transfer 1btc, make sure ada at least 1.01btc dalam wallet. Camtulah. Tapi kalau amount besar (100btc+), tx fee takdela sampai 1btc... haha.

Bila semua dah dibuat, akan ada "pending transaction" kat bawah tu menunjukkan berapa confirmations yang perlu sebelum transaksi itu di verified. Tak perlu risau. Dalam 10-30 minit akan settle kecuali ada masalah besar kat network.

Pending transaction
Oh. Kalau nak withdraw, jangan lupa check email anda. Bittrex akan hantar email confirmation pasal transaction ni, kena klik "authorize transaction" kat email, baru dia lepaskan. Security feature.


EXCHANGING

Dah test urusan keluar masuk duit? Now kita pergi ke good stuff. Jual beli matawang.

Kalau kat bittrex ni, market dia hanya *pairing bitcoin/altcoin sahaja. Pairing altcoin/altcoin takde. So kalau nak beli ZEC menggunakan ETH yang kita ada, kena convert ETH tu ke BTC dulu sebelum beli ZEC.


Klik kat "symbol" coin yang nak di trade, nanti masuk ke trading page seperti di bawah:


Order filled.

Aku cuba terangkan satu-satu:

Graf:- menunjukkan perubahan harga dari masa ke semasa. Bawah graf tu menunjukkan masa, belah kanan tu menunjukkan harga satu altcoin tersebut dengan harga btc. Contohnya kalau dia tulis 0.111, bermaksud 1ZEC boleh membeli 0.111BTC. Kalau nak tahu 1BTC boleh beli berapa ZEC, kira 1 bahagi dengan nilai 0.111 tu (1BTC = 9.009ZEC), simple math. 

Perubahan exchange rate ini reflected dari perubahan harga pasaran BTC dan ZEC. Semasa article ni ditulis, 1BTC = 2600USD dan 1ZEC = 288.6USD. (288.6/2600 = 0.111)

Senario lazim adalah kalau ZEC naik harga dan/atau BTC turun harga, exchange rate akan meningkat. Sebaliknya juga adalah benar iaitu kalau ZEC turun harga dan/atau BTC naik harga, exchange rate akan menurun.

Kalau nak main exchange, boleh la study graf tu dan set harga mana kita nak jual/beli altcoin. Sebagai contoh, tengok graf tu balik, tengok rate paling rendah dan rate paling tinggi. Dalam kes ini, paling rendah di sekitar 0.106 dan paling tinggi di 0.112. So kalau nak try main exchange, boleh set jual ZEC ke BTC di nilai tinggi (0.112) dan beli ZEC di nilai rendah (0.106).
Over time, graf akan berubah secara total. Checkout graf di bawah sejak awal Jun 2017 sehingga sekarang:

June - July 2017

Pada pertengahan Jun haritu adalah waktu yang baik untuk convert ZEC ke BTC sebab rate tinggi.

Kalau nak mendalami ilmu timing untuk buy and sell ni boleh la belajar dari sifu-sifu forex. Ok?

Trading:- Bawah graf tu pulak ada ruang trading. Buy Zcash dengan Sell Zcash. Kat situ kita boleh set berapa amount yang nak trade. Buy ZCash bermaksud menukar/membeli ZEC menggunakan berapa amount BTC yang kita ada. Sell pula menukar/membeli BTC menggunakan berapa amount ZEC yang kita ada. Price pula adalah exchange rate yang kita nak buy/sell, boleh masukkan secara manual atau klik untuk letak price "Last", "Bid" atau "Ask" untuk tengok price default yang sedia ada dalam sistem. Contoh kat graf atas tadi, aku dah jual 0.5ZEC dengan rate 0.11079999 per unit (guna rate "Last") dan tunggu order tadi dibeli orang lain. Bila order dah filled (maksudnya ada orang bersetuju dengan rate yang aku letak tadi), maka aku pun dapatlah BTC sewajarnya, iaitu 0.51265*0.11079=0.0567BTC.

HINT: kalau letak rate rendah, order akan cepat fill, tapi rugi la sikit. Kalau letak rate tinggi, lambat sikit nak fill. Tapi kalau konfiden rate akan naik tinggi, takde masalah. Just tunggu harga semasa sampai ke rate yang kita nak, dan order akan automatically fill. Takyah ngadap pc sampai selesai. Dah letak order, boleh pergi tido.

Contoh kat atas untuk ZEC, tapi hampir semua coin macam tu. Monero (XMR) lain sikit, ada Payment Id dengan Base Address, tapi basically SOP sama je dengan yang lain.

Ok? Dah semangat nak trading? Good luck, have fun! Any persoalan boleh letak kat komen section atau masuk group https://www.facebook.com/groups/BitcoinMalaysia/

Satu je nak pesan, kalau boleh, trade dengan duit/coin yang boleh let go sahaja. Sebab risiko sama macam forex. High risk, high gain, high loss. Jangan guna duit bayar sewa rumah pulak. Kang kalau jadi apa-apa, satu hal pulak nak cekau duit sewa. Huhu.

Wednesday, June 14, 2017

Perbandingan GPU untuk melombong cryptocurrency.

Post seterusnya berkenaan melombong cryptocurrency ini adalah berkisar akan perbandingan GPU yang sesuai untuk mining, terutamanya alt-coins. Bitcoin dah tak kira sebab dengan adanya ASIC, GPU dah tak efficient untuk dilombong.

Kalau anda terlepas, ni post sebelum:
Part1: Bitcoin sebagai matawang.
Part2: Cara-cara mendapatkan bitcoin.
Part3: Melombong ZCash

So apa parameters yang kita tengok sebelum mulakan mining? First of all, kita tengok komponen yang ada untuk satu rig:

Contoh 1 rig. Credit to here
1) Rig chassis: memandangkan mining ni masih dalam kategori niche market, tiada lagi supplier commercial yang jual chassis yang standard. Biasanya miners akan build sendiri dari kayu, besi atau aluminium. Price range varies, tapi kalau nak beli dari orang, expect around RM500.

2) PCIE Risers: ada sesetengah kedai di lowyat dah start jual risers ni. Kalau nak beli banyak, order online pun bagus jugak. Harga around RM30-RM50 satu riser. So for benchmarking purposes, kita letak RM400 (Rm50x8) per rig. Letak lebih 2 unit sebab riser faulty merupakan masalah yang tak best, dan kalau takde yang faulty boleh pakai lagi 2 riser tu untuk next rig.

3) Motherboard: sekarang ni motherboard yang popular adalah Biostar Pro-BTC TB250 atau ASUS Prime Z270-P. Both model Intel socket 1151 sebab boleh dapat CPU murah lagi kat situ. Harga pulak between RM500-RM700. For benchmarking purposes, kita letak RM800 agar ada lebih margin.
Motherboard Pro-BTC AMD socket AM4 pun ada jugak, tapi AMD Ryzen masih lagi agak mahal. Maybe Julai nanti dia keluar Ryzen versi marhaen boleh consider beli socket AM4.

4) PSU: part ni tricky sikit. Ada mazhab suruh beli seketul 1500w PSU. Ada mazhab ajak beli 2 ketul 1000w PSU pastu cantum. Mazhab aku pulak menyuruh mining guna GTX1060 dan pasang 2 bijik 650w PSU sahaja. Sebab apa? GTX1060 makan power kurang banding dengan card AMD. Dan juga price beza gile. 1500w boleh cecah RM2000, manakala 650w boleh dapat around RM400 seketul. Takpe pasal power nanti checkout nak beli card apa dan try cari appropriate price range.

5) CPU and RAM and HDD: for mining purposes, tak perlu la beli CPU dan RAM yang imba. Cukup syarat je. Kalau ikut atas, beli Intel Pentium (socket LGA1151) dan RAM cap ayam 4Gb dah cukup. CPU around RM250, RAM harga around RM150. HDD around RM200 boleh dapat dah. Total benchmarking price RM600 dah cukup kat sini.

So far kita dah listdown the backbone of the rig. Total cost RM2300 (tanpa PSU). Sekarang kita cerita GPU. For "simplicity" purpose, kita hanya akan sembang 8 jenis GPU yang paling top rated untuk mining, yang akan dikategorikan oleh power consumption, hashrate, harga kos dan mining efficiency. Mining pulak banding dengan 2 coins sahaja iaitu ETH dan ZEC sebab harga diorang tengah imba sekarang ni. Kalau nak tahu capabilities mining coin lain, boleh google. Jumlah VRAM (memory GPU tu) juga memainkan peranan penting juga, dan beza performance around 10% antara model yang sama. So kalau ada option nak beli, beli yang VRAM dia lebih tinggi, ok?

6) GPU listing

NAMA/CARD MODEL
Estimated price: harga yang dianggarkan pada Jun 2017. Mungkin naik atau turun di masa depan.
Power consumption: berapa banyak elektrik yang digunakan oleh GPU tersebut ketika mining.
Dagger hashimoto (ETH) hashrate: nilai kalau mining ETH. Lagi tinggi lagi bagus.
ETH mining efficiency: nilai hash per watt mining. Lagi tinggi lagi bagus.
Equihash (ZEC) hashrate: nilai kalau mining ZEC. Lagi tinggi lagi bagus.
ZEC mining efficiency: nilai hash per watt mining. Lagi tinggi lagi bagus.


GPU
AMD
NVIDIA
RX470
RX480
RX570
RX580 (4gb)
RX580 (8gb)
GTX1060 (6gb)
GTX1070
GTX1080
GTX1080Ti
Est. Price (RM)
1,200
1,600
1,200
1,400
1,600
1,300
2,000
3,000
3,500
Power Consumption
(watt)
120
160
160
150
190
100

150
180
250
DAG (ETH) hashrate
(Mh/s)
25
29
24
22
26
20
28
27
35
Eth mining efficiency
(Mh/watt)
0.208
0.181
0.150
0.146
0.137
0.200
0.186
0.15
0.14
Equihash (ZEC) hashrate
(Sol/s)
280
305
311
280
310
281
435
470
630
ZEC mining efficiency
(Sol/watt)
2.33
1.90
1.94
1.86
1.63
2.81
2.9
2.61
2.52


Seperti yang dijadualkan, warna hijau menggambarkan skor yang paling bagus dan biru merupakan skor yang kedua bagus untuk pemilihan GPU mining korang. How to make sense of this table? Simple.

First of all, kalau bajet korang paling penting, tengok top row. Estimated price. Tu harga satu GPU. Tambah dengan total cost kat atas tadi, boleh bajet dah satu rig korang harga berapa.

Contoh:
Nak buat rig RX570. Backbone + GPU est price + PSU = RM2300 + RM1200*6 + PSU = RM9,600 + PSU.

Now, kalau nak dapat mining dengan pantas, consider pilih GPU yang tinggi hashrate dia. Tapi kalau nak consider bill elektrik sekali, pilih GPU yang paling efficient. Part ni boleh debat lagi sebab considering harga coins duk naik, mungkin dapatkan coin dengan pantas adalah lebih berbaloi dari bayar bill elektrik rendah. Entah. Korang sila consider.

7) PSU choice

Ok now dah tau nak pakai GPU apa, skang masa untuk memilih PSU yang bersesuaian. Tengok balik power rating setiap card tadi, tambah 200w untuk backbone requirements, pastu bahagi 80, darab 100. Sebab apa? Max power requirement kita haruslah berada di sekitar 80% daripada output PSU kita. Nak run 24 jam sehari. kalau power usage tinggi sangat, PSU cepat burn. Juga consider kalau nak pasang 2 PSU, make sure agihan kuasa tu seimbang dengan PSU capabilities. Kalau imba nanti satu cepat burn.

PSU Power = (GPU wattage * cards total) + 200 [backbone requirement] * (100/80)

Contoh:
Nak pakai RX480 (160watt) rig. (160*6 + 200)*(100/80) = 1,450watt. So boleh la cari PSU 1500watt atau 750watt x2.

Harga PSU pulak berlainan ikut rating. Bronze, Silver, Gold dan Platinum rating. Ada jugak PSU yang takde rating. Kalau nak buat mining rig ni, consider la pakai PSU yang ada rating. At least bronze. Quality, money saving dan tahan lama sket.
Power Rating



Ok. Tu je kot. Ada pape soalan boleh roger kat ruangan komen, atau roger terus kat facebook group https://www.facebook.com/groups/BitcoinMalaysia/

Thursday, May 25, 2017

Melombong Zcash.

Persoalan pertama di minda, apakah ZCash?

Ok, kalau imbas kembali post pertama iaitu Bitcoin Sebagai Matawang, anda boleh dapati selain bitcoin, terdapat cryptocurrency lain yang bernilai dan didagangkan di dunia sekarang. Antara matawang yang rancak didagangkan adalah Bitcoin (BTC), Litecoin (LTC), Ethereum (ETH), Ethereum Classic (ETC), Ripple (XRP), Dash (DASH), Monero (XMR) dan ZCash (ZEC). Kalau tengok di Coinwarz pula, terdapat senarai matawang mana yang paling mendatangkan keuntungan dari segi Mining Profit Ratio vs. BTC Mining berdasarkan kepayahan melombong matawang tersebut dan betapa cepatnya melombong matawang tersebut untuk mencapai nilai bersamaan 1BTC. Senarai ini sentiasa berubah-ubah bergantung kepada market movement dan ZEC lazimnya berapa di 10 yang tertinggi.

Kenapa pula pilih ZEC?

Setiap altcoin (nama lain bagi cryptocurrency selain bitcoin) ada kelebihan dan kekurangan mereka tersendiri. Secara mudah, kelebihan setiap matawang adalah:

Bitcoin: Cryptocurrency yang paling awal. Boleh digunakan di serata dunia sebagai matawang alternatif seperti di Jepun, Eropah dan Amerika. Penggunaan yang meluas membantu kenaikan harga. Market Capitalization yang paling tinggi di antara cryptocurrency yang ada.

Ethereum: Kelebihan utama ETH ini adalah Smart Contract yang boleh diprogram dalam ETH itu sendiri. Secara ringkasnya, smart contract berfungsi sebagai kontrak diantara 2 pihak yang tidak boleh dipertikai. Sebagai contoh, vendor mesin air minuman memprogram ETH smart contract di dalam mesin air minuman di mana setiap kali mesin itu diisi semula, wang akan diserahkan kepada pembekal air tanpa perlu menunggu vendor menyerahkan wang secara manual. Contoh lain:

Smart Wasiat
Monero: Secara theory, XMR ini adalah seperti bitcoin. Cuma kelebihan utama XMR adalah untraceable payment di mana keselamatan pihak pembayar dan penjual adalah lebih terjamin. Walaubagaimanapun, XMR ini boleh dilombong secara unlimited. Secara teori, sekiranya bekalan sesuatu objek adalah tiada terhad, inflasi akan berlaku.

ZCash: ZEC juga mempunyai fungsi untracable payment, tetapi apa yang memisahkan ianya dengan XMR adalah jumlah keseluruhan ZEC yang akan wujud di dunia adalah terhad sehingga 21juta ZEC, sama seperti bitcoin. Jumlah pengeluaran terhad memungkinkan ZEC mempunyai taraf deflasi, iaitu semakin lama semakin mahal. *ZCash dengan ZCoin adalah altcoin yang berbeza*

Setelah meneliti aspek-aspek di atas, saya merasakan bahawa ZEC mempunyai potensi yang amat besar di dunia cryptocurrency ini. Anda boleh baca kelebihan setiap coin yang wujud dan datang ke rumusan anda yang sendiri. Also, kalau ZEC sudah tidak untung lagi, GPU rig boleh digunakan untuk lombong coin lain.


MELOMBONG ZCASH

Setelah mendapat rig anda (recommended guna AMD GPU rigs), tibalah masanya untuk melombong.

SETTING UP ZEC WALLET

Kebanyakan app di handphone masih belum ada support untuk ZEC, oleh yang demikian, silalah buka wallet ZEC anda melalui exchanger yang dipercayai. Personally, saya gunakan Bittrex dan setelah digunakan sekian lama, tiada masalah (setakat ini) dengan website tersebut. Boleh juga browse around exchanger lain sekiranya berkehendakkan.

Setelah daftar masuk Bittrex, buka tab "wallets" untuk lihat senarai altcoins yang ditawarkan.

Bittrex interface
 Search "ZEC" untuk naikkan list ZCash, dan tekan butang "+" untuk generate wallet baru untuk ZEC anda.

Generate ZEC wallet
Settle. Sekarang simpan wallet address anda di tempat selamat. Copy paste masuk notebook untuk memudahkan langkah seterusnya.

Note: ZEC ada 2 jenis wallet. "t" wallet dan "z" wallet yang sepatutnya lebih selamat. Walaubagaimanapun, "z" wallet masih mempunyai masalah dalaman dan masih belum digunakan sepenuhnya lagi. Pastikan ZEC wallet address yang anda baru generate bermula dengan huruf "t" kerana kebanyakan pool masih belum support "z" wallet address.


MINING POOL

Apakah itu mining pool? Melombong cryptocurrency secara individual boleh makan masa yang sangat lama untuk mendapat satu block. Sebagai contoh, pada awal 2016, saya cuba melombong ETH secara solo, dan berjaya mendapat block reward (1 block = 5 ETH) hanya selepas melombong tanpa henti selama 5 hari. Melalui mining pool, Miners boleh kumpul processing power secara berjemaah dapat block reward dengan lebih konsisten (contohnya 1 ETH sehari...). Secara teknikal, boleh baca description di mining pool yang anda ceburi.

Setiap mining pool yang ada pula menawarkan pool untuk coin-coin berbeza. Sebagai contoh, Dwarfpool menawarkan pool untuk XMR, ZEC, ETH, GRS dan EXP. Sesetengah pool seperti Suprnova menawarkan banyak coin lain, tapi memerlukan pendaftaran untuk join. Untuk tujuan penulisan blog ini, saya gunakan Flypool sebagai ZEC mining pool kerana GUI pool tersebut adalah mudah untuk difahami dan ada email notification sekiranya mining rig kita down.

GUI yang sejuk mata memandang


MINING SOFTWARE

Mining software adalah perisian yang diperlukan untuk melombong mana-mana cryptocurrency. Dalam ZEC punya kes, terdapat dua mining software yang biasa digunakan iaitu SGMiner dan Claymore's Miner. Untuk memudahcara (sebab aku pakai Claymore), so guide ini untuk Claymore's Miner. Kalau dah try dan berjaya, maybe korang boleh try pulak pakai miner lain.

Operating System yang kita akan guna adalah Windows 10 (tak kisah edisi apa). Sekiranya nak pakai untuk rig yang banyak, boleh cuba guna Linux, sebab tak perlu deal dengan masalah lesen OS. Tapi personally, kalau tak pernah try Linux, agak imba tahap kesusahan nak blaja dia.

Boleh download Claymore Miner di sini: https://bitcointalk.org/index.php?topic=1670733.0 dan baca sekali discussion yang berkaitan sekiranya berminat.

Cari yang latest...


Lepas download, extract files tadi. Edit file "config.txt". Rujuk gambar di bawah:


Pool parameters: Kat website pool tu boleh tengok parameters yang disertakan. Selalunya lokasi yang berhampiran adalah lebih bagus. Tapi pengalaman aku guna server China, banyak stale shares. So aku personally guna Europe server.
Wallet Address: Ok ni wallet address yang dah save kat atas tadi. Double check bagi memastikan ianya betul. Sebab kan tak pasal je mining masuk wallet orang lain. Haha.
Rig Name: Kalau ada yang lebih dari satu rig, disarankan letak nama rig yang unik supaya senang nak troubleshoot kalau rig tu down.

Parameters lain tu boleh try godak-godak kalau nak. Baca readme.txt yang datang sekali dengan miner software tu kalau berminat.

Dah settle kat situ, create pulak satu "start.bat" (batch file). Letak parameters ni:

setx GPU_FORCE_64BIT_PTR 1
setx GPU_MAX_HEAP_SIZE 100
setx GPU_USE_SYNC_OBJECTS 1
setx GPU_MAX_ALLOC_PERCENT 100
setx GPU_SINGLE_ALLOC_PERCENT 100

ZecMiner64.exe

Cara dia mudah je, create new notepad, pastu bile nak save, tukar dot kat hujung tu, macam ni:



Sekarang try double click file "start.bat" tu. Jalan tak? Kalau jalan dia keluar macam ni:

Ni guna TeamViewer. Boleh study pasal teamviewer kat encik google.

Kalau keluar camtu, tahniah. Anda kini boleh gelar diri sendiri sebagai seorang pelombong ZEC. Nice.

Ok, kenapa kite buat "start.bat" tadi? Supaya mudah untuk buat shortcut autorun bile restart. Buat shortcut file "start.bat" tadi dan letak di desktop. Pastu kat start button windows tu, type "run" then "shell:startup". Copy paste shortcut tadi kat windows startup tu. Nescaya kalau restart pc je, terus run miner ni.

Kalau nak check status pulak, bukak website flypool tadi, masukkan wallet address kite. Usually dia update lepas 10 minit, so kalau baru je mine, sabar dulu. Kat flypool tu jugak boleh set email address untuk dia notify kalau rig down dan berapa ZEC minimum sebelum transfer ke wallet kite. Dia verify guna ip address, so bukak internet kat mining rig tadi, google je "whatsmyip" untuk dapatkan IP address for verification purposes.

So begitulah nak melombong ZEC. Tak senang, tapi bile dah try sekali, tak susah pun. Bila dah ada pengalaman melombong ZEC, cara yang lebih kurang jugak digunakan untuk mine coin lain. Cari pool, cari miner software, set parameters, run.

Kalau ada persoalan, silelah komen di sini atau di group fb yang ni, ok?