Thursday, July 6, 2017

Menggunakan exchanger Bittrex.

Yo yo yo.

Recently ramai orang nak tahu macam mana nak mine altcoin (particularly ZEC) dan tak mau bergantung kepada Nicehash. Sini bagi aku ajar sikit camne nak main-main dengan exchange nih. Personally aku guna Bittrex, tapi exchanger lain sepatutnya lebih kurang je modus operandi dia...

Tak tau apa tu aku tengah sembang apa? Baca post sebelum ni:
Part 1
Part 2
Part 3
Part 4

Ok let's get straight to the topic. First of all, silalah sign up dengan Bittrex ni. Make sure register masuk guna email yang lazim digunakan sebab setiap transaction keluar dia akan mintak confirmation thru email kita kelak.

SIGNUP

Dah?

Senang je nak signup. Guna email address je.

WALLET CREATION

Ok, next step, klik kat "wallet" tab atas tu, untuk checkout coins apa yang Bittrex support. Note that tak semua exchanger support semua coins. Contoh macam Hush yang masih belum disenaraikan di Bittrex, tapi ada di Cryptopia exchanger, dan ZEN yang ada di Bittrex, tapi tiada di exchanger lain. So kalau nak mining any altcoins, make sure exchanger yang dipilih ada senaraikan coin tersebut. Sebab by the end of the day, highly likely kita akan convert all the altcoins kepada bitcoin untuk liquidity.


Wallet tab.

Dah klik kat situ, akan keluar interface wallet list yang kite ada. Kalau tak nampak coin yang kita nak, just "search" je kat tepi tu.

Wallet interface

Kat setiap coin tu, belah kiri dia ada simbol "+" dengan "-", untuk tambah coins tu dari sumber luar, atau withdraw coins tu ke wallet luar. Kalau tak pernah ada wallet coin berkenaan, tekan "+" akan keluar interface wallet generation seperti di bawah:

Wallet creation.

Klik je kat new address tu, pastu korang akan ada satu wallet address khas untuk coin tersebut; contoh di atas untuk Litecoin (LTC). Setiap kali korang nak buat transaction, dia akan guna wallet address tersebut. Make sure tulis address yang dijana dan simpan di tempat yang selamat agar senang nak berurusan kelak.

HINT: jangan lupa generate wallet bitcoin juga ye. Sebab endgame kite nak ada bitcoin. Tak sure pulak apa jadi kalau convert ke bitcoin tanpa generate wallet dulu, tapi lebih baik elak untuk selamat.

DEPOSIT COIN

Dah ready wallet, boleh la masukkan coin pulak dalam wallet tu. Sama jugak macam proses tadi, tekan "+", tapi kali ni dah ada wallet address. Copy paste (atau salin balik secara manual) wallet address tu dan bagi kat orang yang nak bagi coin tersebut.

Wallet address tu juga boleh guna sebagai mining address kepada mereka yang nak melombong coin tersebut.

HINT: Make sure baca dulu mining pool yang berkaitan, adakah mereka menerima exchanger address sebagai mining wallet  address. Kalau tak, kena generate wallet kat tempat lain untuk dijadikan mining wallet address.

WITHDRAW COIN

Kalau nak keluarkan coin tu kepada wallet lain pulak, tekan "-", pastu isi details yang dia suruh:

Withdrawal interface.

Masukkan address yang nak dikeluarkan tu, masuk kuantiti yang nak transfer, pastu klik "Withdrawal". "Tx Fee" tu akan dikira secara default, so tak perlu risau.

HINT: Kalau ada 1btc dalam wallet, tak boleh withdraw tepat 1btc jugak sebab ada transaction fee. Selalunya minimal je, tapi kalau nak transfer tepat-tepat, boleh jadi sangkut. Rule of thumb dia adalah kalau nak transfer any amount, make sure dalam wallet ada lebih 1/100 dari jumlah yang nak transfer tu. Kalau nak transfer 1btc, make sure ada at least 1.01btc dalam wallet. Camtulah. Tapi kalau amount besar (100btc+), tx fee takdela sampai 1btc... haha.

Bila semua dah dibuat, akan ada "pending transaction" kat bawah tu menunjukkan berapa confirmations yang perlu sebelum transaksi itu di verified. Tak perlu risau. Dalam 10-30 minit akan settle kecuali ada masalah besar kat network.

Pending transaction
Oh. Kalau nak withdraw, jangan lupa check email anda. Bittrex akan hantar email confirmation pasal transaction ni, kena klik "authorize transaction" kat email, baru dia lepaskan. Security feature.


EXCHANGING

Dah test urusan keluar masuk duit? Now kita pergi ke good stuff. Jual beli matawang.

Kalau kat bittrex ni, market dia hanya *pairing bitcoin/altcoin sahaja. Pairing altcoin/altcoin takde. So kalau nak beli ZEC menggunakan ETH yang kita ada, kena convert ETH tu ke BTC dulu sebelum beli ZEC.


Klik kat "symbol" coin yang nak di trade, nanti masuk ke trading page seperti di bawah:


Order filled.

Aku cuba terangkan satu-satu:

Graf:- menunjukkan perubahan harga dari masa ke semasa. Bawah graf tu menunjukkan masa, belah kanan tu menunjukkan harga satu altcoin tersebut dengan harga btc. Contohnya kalau dia tulis 0.111, bermaksud 1ZEC boleh membeli 0.111BTC. Kalau nak tahu 1BTC boleh beli berapa ZEC, kira 1 bahagi dengan nilai 0.111 tu (1BTC = 9.009ZEC), simple math. 

Perubahan exchange rate ini reflected dari perubahan harga pasaran BTC dan ZEC. Semasa article ni ditulis, 1BTC = 2600USD dan 1ZEC = 288.6USD. (288.6/2600 = 0.111)

Senario lazim adalah kalau ZEC naik harga dan/atau BTC turun harga, exchange rate akan meningkat. Sebaliknya juga adalah benar iaitu kalau ZEC turun harga dan/atau BTC naik harga, exchange rate akan menurun.

Kalau nak main exchange, boleh la study graf tu dan set harga mana kita nak jual/beli altcoin. Sebagai contoh, tengok graf tu balik, tengok rate paling rendah dan rate paling tinggi. Dalam kes ini, paling rendah di sekitar 0.106 dan paling tinggi di 0.112. So kalau nak try main exchange, boleh set jual ZEC ke BTC di nilai tinggi (0.112) dan beli ZEC di nilai rendah (0.106).
Over time, graf akan berubah secara total. Checkout graf di bawah sejak awal Jun 2017 sehingga sekarang:

June - July 2017

Pada pertengahan Jun haritu adalah waktu yang baik untuk convert ZEC ke BTC sebab rate tinggi.

Kalau nak mendalami ilmu timing untuk buy and sell ni boleh la belajar dari sifu-sifu forex. Ok?

Trading:- Bawah graf tu pulak ada ruang trading. Buy Zcash dengan Sell Zcash. Kat situ kita boleh set berapa amount yang nak trade. Buy ZCash bermaksud menukar/membeli ZEC menggunakan berapa amount BTC yang kita ada. Sell pula menukar/membeli BTC menggunakan berapa amount ZEC yang kita ada. Price pula adalah exchange rate yang kita nak buy/sell, boleh masukkan secara manual atau klik untuk letak price "Last", "Bid" atau "Ask" untuk tengok price default yang sedia ada dalam sistem. Contoh kat graf atas tadi, aku dah jual 0.5ZEC dengan rate 0.11079999 per unit (guna rate "Last") dan tunggu order tadi dibeli orang lain. Bila order dah filled (maksudnya ada orang bersetuju dengan rate yang aku letak tadi), maka aku pun dapatlah BTC sewajarnya, iaitu 0.51265*0.11079=0.0567BTC.

HINT: kalau letak rate rendah, order akan cepat fill, tapi rugi la sikit. Kalau letak rate tinggi, lambat sikit nak fill. Tapi kalau konfiden rate akan naik tinggi, takde masalah. Just tunggu harga semasa sampai ke rate yang kita nak, dan order akan automatically fill. Takyah ngadap pc sampai selesai. Dah letak order, boleh pergi tido.

Contoh kat atas untuk ZEC, tapi hampir semua coin macam tu. Monero (XMR) lain sikit, ada Payment Id dengan Base Address, tapi basically SOP sama je dengan yang lain.

Ok? Dah semangat nak trading? Good luck, have fun! Any persoalan boleh letak kat komen section atau masuk group https://www.facebook.com/groups/BitcoinMalaysia/

Satu je nak pesan, kalau boleh, trade dengan duit/coin yang boleh let go sahaja. Sebab risiko sama macam forex. High risk, high gain, high loss. Jangan guna duit bayar sewa rumah pulak. Kang kalau jadi apa-apa, satu hal pulak nak cekau duit sewa. Huhu.

1 comment:

  1. I came across your site and found that very useful information. Thanks for share with us. Now you can get Instant
    Bittrex Support Number 1-855-206-2326
    Just visit our website & call our certified technicians.

    ReplyDelete