Bitcoin. Apekah ianya? Secara ringkas, ianya adalah matawang digital yang tidak dimiliki oleh mana-mana negara. Matawang Internet. Malahan, bitcoin tak wujud dalam bentuk fizikal. Semuanya melalui transaksi internet.
Benda pertama yang perlu tahu sebelum ambil tahu pasal bitcoin adalah pengetahuan berkenaan matawang. Jom start dari mula:-
MATAWANG
Sejarah awal tamadun, manusia berniaga menggunakan sistem barter. Tukar barang suka-sama-suka. Sebagai contoh, penggembala lembu boleh tukar lembu dia dengan nelayan punya ikan. Tapi agak tak aci kalau si penggembala lembu nak 3 ekor ikan kembung, tapi nelayan mintak tukar dengan 3 ekor lembu. Apabila manusia perlukan banyak barang untuk ditukar, sistem ini tidak lagi berkesan, maka manusia mencipta satu sistem perantara.
Sistem perantara inilah yang dinamakan sistem matawang. Matawang dicipta untuk memudahcara penukaran barang diantara dua pihak. Menurut sini, ciri-ciri matawang yang bagus adalah:
1. mudah alih (portable)
2. ringan (lightweight)
3. tidak reput (nonperishable)
4. kuat dan lasak (strong and durable)
5. boleh basah tanpa rosak (can get wet without being ruined)
6. boleh dibuat dengan saiz yang sama (exist in standard size)
7. boleh dibuat dengan saiz berbeza untuk nilai berbeza ( ^ sama macam atas)
8. mudah disimpan (easily stored)
9. tidak boleh dipalsukan, dicemari atau dinipiskan dengan tujuan mengurangkan nilainya (cannot be counterfeited, adulterated or cheapened)
10. bekalan yang cukup banyak agar tersedia untuk semua orang (supply is large enough)
11. bekalan yang terhad untuk mengekalkan nilainya (supply is limited enough)
12. pengguna PERCAYA dengan nilainya dan bersetuju berniaga menggunakan matawang tersebut
Atau boleh baca sini untuk lebih detail: https://en.wikipedia.org/wiki/Currency
Matawang dunia sekarang ini rata-rata menggunakan sistem kewangan kertas. Kenapa? Menurut sini, kelebihan matawang kertas adalah:
1. Ekonomikal - menjana matawang kertas adalah murah.
2. Mudah - boleh bawa nilai yang kecil atau besar dengan hanya perbezaan warna di kertas. Bayangkan membawa RM1 dan RM100.
3. Seragam - lazimnya dikeluarkan oleh kerajaan yang menaja matawang tersebut, setiap matawang kertas dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan dan keseragaman yang berbeza untuk setiap negara.
4. Stabil - kerajaan yang mengawal-selia pengeluaran dan penghapusan wang yang sudah tidak boleh digunapakai, membolehkan nilai matawang tersebut stabil. Bayangkan pengeluaran matawang yang tidak terkawal seperti duit pisang pada zaman jepun dahulu.
5. Elasticity, Cheap Remittance, Advantageous to banks as cash reserves - terlalu teknikal, boleh baca sendiri...
Duit pisang yang pisang |
Tapi matawang kertas juga terdapat kelemahannya yang tersendiri, Antaranya ialah:-
1. Tiada nilai di luar negara yang mengeluarkan matawang tersebut.
2. Mudah rosak. Boleh terbakar, dimakan anai-anai, banjir...
3. Terlalu mudah untuk dijana. Refer kes duit pisang di atas. Sekiranya duit kertas dicetak terlalu banyak, boleh menyebabkan masalah-masalah yang berkaitan dengan inflasi matawang.
So, mana datang matawang digital ni pulak? Dalam bahasa teknikal dia, matawang digital dikenali dengan nama manja dia "Cryptocurrency".
CRYPTOCURRENCY (a.k.a. Bitcoin, Matawang Digital, Alternative Currencies...)
Nak cerita secara detail berkenaan matawang digital ni adalah agak teknikal. Kepada yang berminat, boleh lah baca dengan lebih mendalam di sini atau tengok youtube video macam yang ni (2 minit), atau ni (2 minit), atau ni (6 minit). Link-link tadi menceritakan berkenaan teknologi blockchain di mana setiap transaksi yang terjadi tidak boleh diduplikasi. Ini adalah teknologi asas cryptocurrency. Ini adalah platform utama kenapa bitcoin, ethereum, monero, Z-cash boleh berfungsi dengan tahap security yang tinggi. Teknologi ini memustahilkan penipuan dalam penjanaan setiap cryptocurrency dan menjadikan ianya satu matawang yang solid.
Kalau anda berminat dengan aspek teknikal cryptocurrency, kefahaman dalam english adalah sangat membantu. Banyak benda yang susah nak explain guna Bahasa Malaysia, dan topik cryptocurrency ni sangat menarik untuk dipelajari. Tapi kalau anda hanyalah rakyat marhaen yang nak tahu pasal bitcoin sebagai matawang, sambung baca kat bawah...
BITCOIN SEBAGAI MATAWANG.
Kenapakah bitcoin sesuai digunakan sebagai matawang? Rujuk balik list di atas, aku komen satu-satu.
1. mudah alih - bitcoin adalah 100% digital. Penyimpanan bitcoin adalah melalui smartphone atau di website sahaja. Selagi ada internet, selagi itu bitcoin boleh dipakai.
2. ringan - tidak releven. haha.
3. tidak reput - rekod bitcoin disimpan di dalam teknologi blockchain yang sentiasa dikemaskini oleh beribu komputer di seluruh dunia. Rekod tersebut tidak akan reput mahupun hilang ditelan zaman.
4. kuat dan lasak - tidak releven.
5. boleh basah tanpa rosak - juga tidak releven.
6. boleh dibuat dengan saiz yang sama - tidak releven. Bitcoin adalah digital.
7. boleh dibuat dengan saiz berbeza untuk nilai berbeza - Bitcoin boleh digunakan sehingga ke 8 titik perpuluhan (1 satoshi). Oleh kerana semuanya digital, saiz fizikal adalah tidak releven. Transaksi bitcoin (setakat ini) adalah serendah 0.01btc.
8. mudah disimpan - Bitcoin boleh disimpan menggunakan 2 cara. Cold storage/paper wallet (lebih secure jika hendak peram bitcoin dengan jumlah yang banyak) ataupun menggunakan app di smartphone korang. Banyak dah app yang provide bitcoin wallet. Next post aku cerita.
9. tidak boleh dipalsukan, dicemari atau dinipiskan dengan tujuan mengurangkan nilainya - melalui teknologi blockchain, bitcoin adalah amat susah untuk dipalsukan. Semenjak pengeluaran bitcoin pertama di dunia pada tahun 2008, bitcoin TIDAK PERNAH dipalsukan.
10. bekalan yang cukup banyak agar tersedia untuk semua orang - rujuk sini, jumlah bitcoin yang wujud setakat ini adalah sebanyak lebih kurang 16.28 juta bitcoin. Malahan, bitcoin boleh digunakan sehingga 8 titik perpuluhan, dikenali juga sebagai 1 satoshi. Ini membolehkan bitcoin dimiliki dan digunakan oleh lebih ramai orang.
11. bekalan yang terhad untuk mengekalkan nilainya - bitcoin akan berhenti pengeluaran apabila telah mencapai 21 juta bitcoin SAHAJA. Pengeluaran bitcoin juga sangat transparent dan boleh dilihat pada bila-bila masa oleh sesiapa sahaja. Boleh tengok sini berkenaan statistik bitcoin terkini yang wujud di dunia. Tidak akan berlaku lambakan bitcoin di dunia. Tidak akan muncul inflasi bitcoin. Malahan bitcoin adalah terbalik dari inflasi; "deflasi" nama dia.
12. pengguna PERCAYA dengan nilainya dan bersetuju berniaga menggunakan matawang tersebut - Ini adalah point yang paling penting untuk bitcoin. Mana-mana matawang di dunia juga sama. Sekiranya orang tak percaya dan tidak menggunakan matawang tersebut, maka tiadalah nilai matawang tersebut. Bitcoin mula naik harga apabila peniaga mula menerima bitcoin sebagai cara bayaran. Di Amerika, Europe dan Jepun, bitcoin dah mula digunakan secara meluas sebagai matawang. Webpage ini menunjukkan senarai syarikat yang mengiktiraf bitcoin. Ada juga gang-gang bitcoin di Malaysia yang menerima bitcoin sebagai bayaran, kena cari logo "Bitcoin Accepted Here". Aku sendiri gunakan bitcoin untuk beli game kat Steam. Tak payah guna kad kredit.
Walau bagaimanapun, masih lagi wujud banyak persepsi negatif berkenaan bitcoin ini. Ini terjadi kerana masih lagi ramai yang tidak mengetahui pasal bitcoin dan juga banyak wujudnya scam-scam yang menggunakan bitcoin sebagai asas scam mereka. Tapi mungkin di post lain aku tackle pasal benda ni. Yang penting, perlu ingat ayat ni:
BITCOIN ADALAH MATAWANG
Bukan pelaburan pulangan tinggi, bukan MLM, bukan alat untuk kaya cepat, bukan benda ajaib internet. Kalau ada yang datang ajak "main bitcoin" untuk kaya cepat, sila lari cepat-cepat. Kecuali la korang memang kaki MLM... ¯\_(ツ)_/¯
Ok. Berminat untuk memiliki dan menggunakan bitcoin? Post seterusnya akan berkisar tentang cara bagaimana hendak memiliki bitcoin dan cara-cara penggunaan bitcoin. Oh, boleh juga join group ni di facebook (https://www.facebook.com/groups/BitcoinMalaysia/), boleh aku terus jawab kalau ada soalan.
Kalau ada kefahaman english, silelah baca e-book berkenaan bitcoin macam yang ni, atau search google dan youtube untuk pemahaman yang lebih lanjut. Boleh juga komen di sini kalau ada apa-apa persoalan.
Arakian begitulah kisahnya bitcoin ini. Penggunaan bitcoin sebagai matawang masih lagi muda, tapi potensi ianya sangat besar.

Salam, boleh jika saya kongsi&translate kan info ke post saya nanti? akan sy letak kredit pd anda ^^
ReplyDeleteBoleh takde masalah.
DeleteTerbaik Tuan
ReplyDelete